Pulau Pinang Diancam Bencana Alam?

Share This:

PULAU PINANG, 18 Jun – Setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memilih untuk terus membisu terhadap skandal pembinaan terowong dasar laut yang di canang sebagai penguraian trafik terbaik di Asia Tenggara, terkini Kerajaan negeri Pulau Pinang dipalit lagi dengan skandal penarahan tanah berbukit di Bukit Relau dan Bukit Laksamana di bahagian Pulau serta Batu Kawan di Seberang Perai Selatan.

 

images (20)

Mengikut laporan, pengondolan habis-habisan Kerajaan Negeri ini di lakukan kononnya untuk membina chalet dan menguwar-warkan kononnya pengondolan ini perlu demi pembangunan untuk semua, satu slogan klise yang dibuat Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi melindungi sebarang aktiviti  yang menyalahi peraturan.

Mengikut peraturan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 yang di wartakan ada 28hb Jun 2007 larangan sebarang pembinaan di kawasan berketinggian melebihi 76.2 meter (250kaki) dari paras laut dan di cerun yang kecerunannya melebihi 25 darjah.

Penarahan bukit ini jelas sekali melanggar peraturan yang telah di tetapkan malah langsung tidak menghiraukan kelestarian alam sekitar. Jelas kawasan-kawasan ini semakin gondol dan botak serta mengundang malapetaka yang dahsyat jika tidak di tangani dengan segera.

images (19)

Jelas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengambil iktibar apa yang berlaku kepada peristiwa Highland Tower dan beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa. Jika penarahan ini tidak dilakukan mengikut peraturan yang di tetapkan, tidak mustahil kejadian tanah runtuh akan berlaku malah suasana banjir lumpur yang melanda beberapa kawasan sebelum ini juga akan menima penduduk Pulau Pinang.

images (21)

Adalah sesuatu yang menghairankan bagaimana projek sebegini diluluskan oleh kerajaan negeri. Adakah terdapat unsur rasuah disini? Adakah Kerajaan Negeri mengutamakan kemajuan tanpa memperdulikan nyawa manusia yang tinggal di lerengnya? Dan paling di bimbangi, adakah Bukit Bendera yang menjadi lokasi pelancong di Pulau Pinang juga akan menjadi mangsa kerakusan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng?

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*