Pemain Ragbi Algeria Mengamuk Belasah Pemain Malaysia Patah Jari, Gigi

MELAKA – Aksi final Piala Crescent menjadi kecoh susulan pemain Algeria dilaporkan mengamuk sehingga membelasah pemain Malaysia dan penyokong di Padang Politeknik Merlimau.

Tindakan ganas itu tercetus ekoran beberapa keputusan pengadil yang didakwa mereka menyebelahi pasukan tuan rumah.

Bukan sahaja pemain negara dibelasah malah penyokong dan tempat pentas utama VIP turut diserang pemain lawan.

Gambar Harian Metro
Gambar Harian Metro

Dalam aksi perlawanan itu menyaksikan Malaysia muncul juara biarpun masih berbaki dua minit sebelum tamat dengan keputusan 19-11.

Akibat pergaduhan itu juga, sekurang-kurangnya 12 pemain ragbi negara dikejarkan ke Hospital Besar Melaka termasuk dua pemain negara iaitu Mohd Razmi Rozan patah jari tangan kiri manakala Abu Hurairah Tahir patah gigi.

Gambar Kosmo
Gambar Kosmo

Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga sudah Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) supaya segera menghantar laporan kepada KBS berhubung insiden itu.

Khairy turut kesal kerana ia tidak sepatutnya terjadi lebih-lebih lagi membabitkan kejohanan bertaraf antarabangsa kerana ianya membabitkan imej negara.

“Kita harap MRU dapat menyerahkan segera laporan kejadian agar KBS dapat mengetahui apakah punca yang membawa kepada pergaduhan tersebut sama ada melibatkan pasukan yang bertanding ataupun kesilapan yang dilakukan oleh pihak penganjur sendiri.

“KBS akan mengambil tindakan terhadap insiden tersebut selepas menerima laporan daripada MRU,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *