Hina Polis Bodoh, Keith Foo Didenda RM100

KUALA LUMPUR- Gara-gara mengeluarkan kata kesat dan menghina anggota polis trafik, pelakon Keith Foo di denda RM100 oleh makamah majistret di sini.

Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, didakwa mengucapkan kata-kata kepada pihak polis: “Kau siapa, kau Ingatkan kau polis sangat besar kah, bodoh.” dalam satu sekatan jalan raya.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Keith Foo mengangguk ketika pertuduhan dibacakan kepadanya tanda faham dan mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Malah perbuatannya itu turut ditegur oleh majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor atas perbuatannya itu yang tidak menghormati tugas anggota polis.

“Sebagai seorang artis, anda perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi kerana ia memberi kesan kepada kerjaya anda,” ujarnya.

Pelakon Ariana Rose itu juga memohon maaf atas kesalahan tersebut dan mengaku menyesal terhadap apa yang berlaku.

Dalam kejadian 15 Mac lalu kira-kira pukul 4.30 pagi, polis menahan Foo yang ketika itu menaiki kereta Mercedes Benz. di sekatan jalan raya di Jalan Davis di Dang Wangi.

Kereta yang dipandu oleh tunangnya,  usahawan Kim Raymond, 30, disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dan didapati positif minuman keras itu.

Foo kemudiannya keluar dari kereta itu dan memaki polis berkenaan: “Kau siapa, kau Ingatkan kau polis sangat besar kah, bodoh.”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *