Pelajar Unversiti Guna Pinjaman PTPTN Buat Modal Jual Rokok Seludup

Share This:

PETALING JAYA – Menggunakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seorang pelajar unversiti menjadikan ia sebagai modal awal untuk menjual rokok seludup kepada rakan-rakan di sebuah institut pengajian tinggi awam di Johor.

Malah pendapatan yang diperoleh hasil jualan itu juga mampu menampung kos pembelajarannya dan untuk berhibur bersama rakan-rakan.

Memetik sumber Mstar Online, pelajar yang dikenali sebagai Zarif, 23, dia mampu menjana pendapatan bersih lingkungan RM300 ke atas setiap bulan.

“Saya akui gunakan duit PTPTN untuk dijadikan modal, tetapi sehingga sekarang duit terkumpul sudah mencukupi untuk menampung modal yang dikeluarkan.

“Selalunya sekarton rokok akan habis dijual dalam sehari dan setiap minggu saya akan membawa masuk kampus lebih empat karton,” katanya.

Tambahnya, jualan rokok seludup itu mendapat permintaan yang tinggi daripada pelajar-pelajar kerana harganya yang murah dan senang didapati.

“Saya seronok menjual rokok seludup ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelajar-pelajar, kerana harganya juga murah berbanding rokok bercukai di kedai luar.

“Sebagai senior, saya juga tidak berdepan saingan kerana diketahui sebagai ‘tokan’ rokok di kalangan pelajar,” katanya.

Namun, dia juga perlu berhati-hati bagi mengelakkan kegiatannya terbongkar kerana menjual rokok di kampus merupakan kesalahan besar dan dia berdepan tindakan dibuang serta dikenakan denda oleh pihak universiti.

Justeru, dia lebih menumpukan perniagaannya untuk dijual di sekitar asrama yang dihuninya dan kenalan rapat.

Zarif akui dia terpaksa menjual rokok seludup itu bagi mendapatkan kehidupan yang stabil di universiti dan akan berhenti menjualnya sehinggalah dia tamat pengajian.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*