Sultan Johor Ambil Alih Kepentingan Hospital Australia

Share This:

MELBOURNE – Sultan Johor dilaporkan mengambil alih sebahagian daripada Hospital Sunset Perth di pinggir bandar Dalkeith dalam usaha memulihkan hospital itu yang merupakan bangunan yang bersejarah di sana.

Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett berkata pembelian yang dibuat membabitkan sejumlah  A$8.5 juta untuk tanah seluas 1,993 meter persegi atau kira-kira dua peratus daripada keseluruhan tapak seluas 8.5 hektar.

Namun, pihaknya memberi jaminan pembelian tersebut tidak akan menjejaskan tapak warisan itu malah wang hasil penjualan itu juga akan digunakan untuk membangunkan semula sebahagian tapak berkenaan.

rumah1

Barnett berkata kawasan itu dijangkan akan dibuka kepada orang ramai dalam tempoh dua tahun lagi.

“Pada asasnya ia merupakan sebuah kampung berusia 100 tahun dalam keadaan yang bersih dengan kira-kira sedozen bangunan besar dibina,” katanya.

Namun di sebalik penjualan itu, ada ura-ura mengatakan penjualan tersebut telah ditentang oleh majlis perbandaran Nedlands kerana tanah itu merupakan adalah satu-satunya tanah bernilai tinggi yang tinggal di pinggir bandar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*