Hanya BN Mampu Jaga Kebajikan Pesawah Rompin – Jelapang Padi

ROMPIN, 26 April – Pembangkang cuba meracuni fikiran rakyat kononnya kalau mereka memerintah pun, mereka pula akan jadi kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat sebagaimana kerajaan Barisan Nasional sekarang.

Namun hakikatnya tidak begitu, banyak perbezaan bagi negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional dan pembangkang. Kedaifan dan kesusahan rakyat di negeri seperti Kelantan, penindasan terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang dan Selangor membuktikan bahawa bukan sembarangan parti mampu mentadbir negara kita.

Bukti yang jelas bagi Rompin yang hidup dalam kemakmuran dan keamanan bagi mereka yang tahu bersyukur. Namun bagi mereka yang sentiasa memilih untuk mencari salah kerajaan walaupun sebesar kuman, golongan ini akan tetap memilih untuk menjadi pemberontak pada semua ketika dan saat.

Pagi tadi, Menteri Pertanian dan Asas Tani telah mengadakan Majlis Penyampaian Insentif kepada Pesawah Parlimen Rompin.

Kerajaan sentiasa berbelanja besar utk pertanian lebih kurang RM6billion setahun. Daripada jumlah itu, kira-kira RM2.2 billion diperuntukkan kepada pesawah-pesawah(1/3 daripada peruntukan adalah untuk pesawah berupa insentif).

Setiap pesawah mendapat insentif sebanyak RM2540 seorang sehektar. Ini tidak termasuk projek-projek infra yang dibina di sawah-sawah.

Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pesawah di negara kita. Mereka menetapkan harga beras siam/import lebih mahal berbanding beras tempatan. Selain daripada itu juga atas usaha arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis maka kerajaan bersetuju untuk jadikan rompin sebagai salah satu jelapang padi.

Antara projek yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa terdekat adalah.

  1. Skrim pengairan paya setajam 1850ha
  2. Skim pengairan paya sepayang 280ha
  3. Skim pengairan paya laka 640ha
  4. Skim pengairan tebu hitam 445ha
  5. Skim oengairan paya poteh 2000ha
  6. Skim pengairan kg jawa pantai 163ha

Jumlah keseluruhan  5378ha

Untuk tahun 2015- jumlah peruntukan adalah RM38juta (Daerah Rompin).

Selain daripada itu juga kerajaan akan naiktaraf pam air tali air dan sebagainya. Peruntukan sebanyak  RM30juta untuk kerja infrastruktur pengairan telah pun diluluskan. Manakala kerja-kerja naiktaraf infra kawasan Pengairan Paya Sepayang pula sebanyak RM5juta

Skim Pengairan Paya Laka / Kerpal mendapat peruntukan sebanyak RM3juta untuk menaiktarafkan rumah pam, jalan ladang dan sebagainya.

Bagi tahun 2016 pula kerajaan akan membina kawalan pasang surut  yang bernilai RM33juta. Manakala Rm54 juta diperuntukkan kepada Skim Paya Petoh. Pembangunan di Rompin pula mendapat peruntukkan RM26.1juta.

Datuk Hasan Arifin merupakan orang kepercayaan Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Arwah tahu bahawa Datuk hasan mampu menyambung legasi yang telah beliau tinggalkan. Oleh itu, rakyat Rompin harus mengundi Datuk Hasan Arifin pada 5 Mei nanti bagi memastikan legasi JJ dapat diteruskan disamping memastikan kemakmuran dan keamanan Rompin dapat dipelihara.

-PRU14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *