Fazura Bercinta Dengan Aktor Filipina?

Share This:

Gadis cantik seperti Fazura sememang mudah mendapat perhatian dan sentiasa diperhatikan jejaka-jejaka luar.

Terbaru, Fazura bertuah kerana aktor kacak Filipina, Piolo Pascual pun terpikat dek kecantikan pelakon wanita itu.

Piolo sendiri mengakui kecantikan Fazura hanya menonton iklan ubat gigi Colgate Optic White dimana Fazura adalah duta jenama tersebut yang dilihat ketika tiba di Kuching.

Mungkin sudah ditakdirkan, ketika Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) 2015, Piolo tersalah sebut nama Fazura sebagai Faruza ketika menjadi pasangan penyampai di anugerah tersebut.

fazura 1_1

fazura 2_1

Dari ketika itu, mereka berdua dikatakan mula rapat dan sentiasa bersama dan tidak berenggang walaupun anugerah sudah berakhir. Macam belangkas!

Sama ada betul atau tidak mereka bercinta, tunggulah tuan punya badan menjawab.

Mungkin kita akan dengar, mereka sedang saling mengenal hati budi. Klise!

Kalau betul bercinta, apa salahnya, sama cantik, sama padan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*