Damian VE Suruh Fyn Jamal Berhenti Menyanyi

Menyatakan pendapat jujurnya terhadap Fynn Jamal melalui akaun Twitter baru-baru ini, Damian VE menerima pelbagai reaksi daripada peminat namun penyanyi ini bijak menangani perkara tersebut tanpa didorong komen balas berbaur emosi.

Damian VE Minta Fynn Jamal Berhenti Menyanyi - ROTIKAYA

Dalam kemaskini Twitter beliau pada 28 Mac lalu, Damian telah menyatakan pendapat jujurnya mengenai Fynn Jamal dan memberi nasihat agar penyanyi yang popular dengan gelaran Kok Ping di kalangan peminatnya itu agar berhenti menyanyi.

Damian yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan VE yang pernah popular satu ketika dahulu tidak dinafikan mempunyai vokal yang mantap dan teguran itu dilihat sebagai satu teguran jujur.

“Saya mungkin tak bersependapat, tapi saya tetap support usaha kalian. Support bukan mengampu je memanjang. Support kena jujur demi kemajuan,” katanya di dalam kemaskini Twitter yang lain.

Selain itu, Damian juga menafikan tujuan teguran itu adalah untuk memulakan perdebatan dan menjelaskan perkara tersebut kepada peminatnya di Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *