Fathia Dan Aiman Putus Cinta

Share This:

TIADA angin tiada ribut…tiba-tiba industri hiburan dikejutkan dengan kisah putus cinta antara pasangan pelakon sama cantik sama padan, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza.

Ia disahkan sendiri menerusi pengakuan pelakon wanita berwajah Pan Asian ini dalam sebuah akhbar tempatan.

“Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah…hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami tidak panjang,” ujar Fathia.

Captureaiman-hakim-ridza-101

Pada masa sama, Fathia akui masih menyimpan perasaan sayang terhadap pelakon kacak itu yang disifatkannya sebagai lelaki yang amat memahami dirinya.

“Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya.

“Kini, saya berbalik kepada soal jodoh dan takkan pernah memusuhinya,” kata Fathia.

Fathia yang lebih senang berahsia, bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar hubungan cinta itu berakhir.

fathia-e1422002194218

Baginya dia kini hanya mahu lebih fokus terhadap kerjaya.

Moga Fathia terus tabah menjalani hidup ini.

Apa pun percayalah, “kalau ada jodoh, tak ke mana.”

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*