Nurul Izzah Sebagai  PM  Adalah Hanya “The War Of Idea”

Share This:

Oleh rmf

Harapan baru untuk Malaysia adalah slogan yang diguna pakai oleh  Pakatan pembangkang untuk mengail undi dan sokongan dari rakyat Malaysia  dan memudahkan perjalanan agenda yang tersembunyi yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“New Hope” dan dialih bahasa kepada ”Harapan Baru” adalah slogan yang digunakan oleh Isreal dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat Yahudi zionis untuk menakluk Palestin.  Harpan baru ini telah digunakan oleh PKR untuk tujuan yang sama.

Dalam kemelut politik yang semakin mencabar sekarang , banyak dalang-dalang telah ditempatkan di seluruh agensi kerajaan untuk menyelongkar maklumat dan disalurkan kepada pihak pembangkang dengan tujuan supaya setiap isu yang dimainkan tidak akan terputus.

Strategi atau taktikal mendahului pemikiran adalah diantara strategi yang digunakan oleh PKR untuk meracuni pemikiran rakyat. Ini terbukti dengan banyaknya isu yang bertali arus dilontarkan untuk meranapkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Apakah tindakan dipihak kerajaan, dipihak kerajaan pula hanya mampu melihat sahaja setiap lontaran tersebut dimainkan tanpa tindakan undang undang walaupun ianya adalah berunsur fitnah. Tetapi jika semua pemimpin  kerajaan bertindak agreasif sebagaimana pembangkang, maka kerosakan dari  sudut kredibiliti dan sokongan tidak akan berlaku.

Nurul Izzah di viralkan sebagai Perdana Menteri Wanita pertama  hebat diperkatakan di laman laman media untuk meraih sokongan  dan menduga sokongan. Jika dengan sokongan yang ada pada PRU 14 nanti kita akan melihat satu lonjakan besar akan berlaku didalam scenario politik tanah air.

Untuk menambah keyakinan para penyokong PKR, maka  penyokong kuat Anwar tetap mengharapkan Anwar untuk menjadi PM. Maka timbul pula teori kononnya dalam bahasa Arab bahawa Rahman sepatutnya Rahmaan maka Anwar masih menepati ramalan untuk mengisi susunan huruf yang diubahsuai sebagai RAHMAAN.

Oleh kerana, kemelut politik yang dihadapi oelh Anwar sendiri dengan kes kes mahkamah yang sedang diharunginya , maka segala usaha yang dilakukan selama ini telah melonjakan nama Nurul Izzah sebagai penganti Anwar dalam mengejar  jawatan rebutan di Putrajaya.

Jika kita lihat permainan politik yang sedang dimainkan oleh pembangkang , semuanya hanya berkisar kepada “ Information manipulation” yang mana setiap kali kejadian diasak walaupun setiap yang berlaku itu mendatangkan kebaikan.

Dengan viral yang dimainkan, seharusnya ada pemimpin UMNO/BN yang tampil memberikan hujah hujah yang bernas  untuk menolak angan angan dengan fakta fakta yang positif, PR hanya bermimpi di siang hari, macam siang hari ini, Pakatan Pembangkang seakan lupa seketika bahawa BN  masih lagi berada dalam sokongan rakyat dan masih lagi mendapat undi yang banyak walaupun kita kehilangan beberapa buah negeri.

Justeru itu Pakatan Pembangkang dengan strategi Perang Idea telah dilancarkan adalah pertembungan menentang cita-cita, ideologi, atau konsep di mana negara atau kumpulan menggunakan pengaruh strategik untuk menggalakkan kepentingan mereka, Ini yang sebenarnya sedang berlaku.

Dengan demikian , Nurul Izzah  telah diviralkan untuk melihat bagaimana reaksi rakyat yang sebenarnya, bukan melihat apa yang mereka kejarkan, bila sokongan yang dilihat itu memberangsangkan maka  baru lah mereka menjadikan  apa yang dirancang sebagai matlamat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*