Misteri Isteri PM India

Share This:

MINGGU lalu Presiden Barrack Obama membuat kunjungan hormat ke negara India ketika Hari Republik India dan sudah tentulah, beliau bertemu dengan perdana menteri negara tersebut, Narendra Modi.

Namun, banyak pihak tertanya-tanya, di manakah wanita pertama India pada saat negara tersebut sedang meraikan hari bersejarah serta menyambut kedatangan pemimpin berpengaruh seperti Obama.

Sementelah, Obama turut membawa isterinya, Michelle Obama dalam lawatan tersebut.

Misteri tersebut timbul setelah Jashodaben Chinmanlal langsung tidak kelihatan di mana-mana keramaian yang dihadiri Modi.

Oleh itu, satu siasatan dijalankan oleh agensi berita Reuters bagi mencari jawapan, dan tidak lama kemudian, mereka berjaya membongkar punca wanita itu menghilangkan diri.

Menurut laporan, Jashodaben semakin kecewa dengan layanan ‘kelas kedua’ yang diterimanya walaupun memegang peranan sebagai isteri kepada pemimpin tertinggi negara tersebut.

1416944289-002

Mana taknya, Jashodaben berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa menyediakan keperluan buat pengawal keselamatan yang dikhaskan menjaga mereka.

“Saya dikelilingi lima orang pengawal keselamatan pada setiap masa.

“Sudah banyak kali keluarga saya atau saya sendiri terpaksa memasak untuk mereka, kakak ipar saya terpaksa kemas tempat tidur mereka.

“Ini sangat menjengkelkan,” kata Jashodaben dalam laporan berkenaan.

Sebelum ini, status perkahwinan Modi bersama Jashodaben tidak diketahui umum sehinggalah Modi mendedahkannya pada April tahun lalu. Namun demikian, beliau dikatakan hidup seperti seorang bujang.

Pasangan terbabit berkahwin pada usia belasan tahun sebelum Modi memutuskan untuk ‘mengabdikan’ dirinya dalam bidang politik beberapa tahun selepas berkahwin dan meninggalkan Jashodaben.

Kedua-duanya bagaimanapun tidak menuntut penceraian. Kali terakhir mereka bercakap adalah pada tahun 1987.

Temubual Media India Bersama Isteri Narendra Modi, Jashodaben

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*