Masjid Dipanggil Anjing?

Share This:

Kita orang Islam, kita manusia yang Allah swt pilih antara jumlah manusia yang Allah swt jadikan di dunia ini. Kita juga amat bertuah kerana Allah swt jadikan kita manusia dan bukannya makhluk lain, manusia adalah sebaik-baik makhluk yang Allah swt ciptakan malah jauh lebih mulia kejadiannya dari ciptaan malaikat.

Antara manusia pula Allah swt pilih kita menerima Kalimah Allah, kalimah Iman. Allah swt lahirkan kita dari perut ibu yang juga beriman kepadaNya.

Apakah manusia yang dilahirkan dari perut orang bukan Islam meminta supaya mereka dilahirkan sebgai kuffar? Allah swt Maha Adil, Dia letakkan akal waras kepada setipa manusia untuk berfikir ‘siapakah’ mereka dan untuk apa mereka dihantar ke dunia dan siapakah Pencipta sebenar? Dalilnya, ada manusia kuffar peluk Islam tanpa dipaksa tetapi kerana hidayat dari Allah swt.

Menurut Ulama, hidayat tersebut mungkin datang kepadanya hasil dia berfikir tentang kewujudannya di bumi Allah ini.

Sebagai Mukmin yang tawaduq, kita wajib yakin dengan firman Allah dan Hadis pesuruhNya. Bila dengar dari sahabat Kelantan betapa ‘zalimnya’ mangsa banjir pada diri sendiri dengan menyamakan masjid dengan anjing !! Nauzubillah.

Aakj tak nak cerita kat mana dialog ini berlaku demi menjaga aib sesama kita cuma terkenang dengan satu Firman Allah swt “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” (al-Rum: 41)

Perbuatan manusia bukan sahaja dalam skop fizikal seperti tebang balak secara membuta tuli namun ianya juga berkenaan dengan ‘perbuatan hati’ yang degil untuk sujud kepada Allah swt. Akibat sekelompok atau seorang manusia yang zalim dengan diri sendiri dan mungkar dengan perintah Allah swt maka cukuplah syarat Allah swt nak hantar ‘pengajarannya’ di mana sahaja di dunia ini ataua menurut ulama, Allah terus hantar ke tempat manusia yang bongkak itu.

Sedarlah..terimalah..tidak cukup untuk kita selamat dengan namakan kampung kita dengan Serambi Mekah sahaja. Tidak menjadi pendinding kepada kemurkaan Allah swt dengan menggantungkan gambar ulama di dinding rumah kita. Tidak menjadi penyelamat dengan menggunakan label atau bendera parti yang guna nama Islamik. Yang selamatkan kita dengan bala dari Allah swt adalah amalan soleh kita. Tunduk dan sujud kepadaNya tanpa rasa curiga.

Bila waktu solat, maka bersolatlah walaupun kita mangsa banjir… Allah swt uji manusia untuk naikkan darjat manusia di sisiNya..bukan untuk menghukum dan menghina makhluk ciptaanNya sendiri.

 

Sumber : Mali Mansoor

bala banjir kelantan

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*