Kenapa PAsMA Mahu Tetap Bertapak Didalam PAS?

Share This:

Oleh rmf

“Little Nepoleon” telah mula mencengkam kukunya didalam PAS,  Agenda terancang dan jahat ini mula mengaturkan segala strategi untuk menjadikan PAS sebagai kuda yang boleh ditunggangi bila bila masa sahaja.

Asalnya gagasan jahat ini dicetuskan oleh sekelompok kecil yang berpihak  kepada perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Rupa-rupanya ada yang setuju dan mahu ikut serta. Maka dicetuskan dari dalam percaturan yang dilakukan oleh orang PAS  dendiri untuk membunuh kekuatan PAS dari dalam.

Dalam muktamar pemilihan sebelum ini, gerakan merobah kepimpinan PAS dinyalakan, tetapi ia sekadar membakar kecil, Dewan Pemuda contohnya masih kukuh kental berdiri dibelakang Presiden PAS dan MSU. Walaupun mereka sudah mula mencengkam di peringkat Pusat tetapi cengkaman itu masih belum berupaya memenuhi nafsu mereka.

Buktinya Muktamar PAS baru-baru ini. Hasrat untuk mencemuh dan mengaibkan Presiden  ternyata tidak berjaya, malah sebaliknya Presiden PAS telah muncul dengan tenaga baru mempertahankan dasar dan perjuangan PAS sehingga memukau para perwakilan mengejutkan mereka dari tidur lena sebelum ini. Habis pimpinan yang nakal dan seumpamanya ditegur dan menerima padah.

Apa yang sedang berlaku didalam PAS sekarang saling tak ubah seperti  rancangan yang  telah dilakukan oleh Amerika terhadap  Iraq, dengan fitnah senjata WMD yang kononnya dimiliki Iraq dulu, maka rakan-rakan ini turut termakan bahawa demi apa sahaja, penghalang besar yang dimaksudkan perlu sama-sama dirobohkan dari luar dan dalam. Ini sebenarnya sedang berlaku.

Kewujudan PAsMA  kini telah menjadi duri dalam daging PAS, PasMa  telah dilihat menjadi satu mekanisme untuk mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat, tidak lebih daripada itu. Maksud mengekalkan itu tidak lain ialah bagi memastikan PAS tidak akan keluar dari pakatan dan terus menjadi “keldai” kepada PKR dan DAP.

Hasrat ini menyebabkan kebimbangan disuarakan oleh kepimpinan PAS adalah relevan , Tanggapan ia adalah sebahagian projek untuk “melanggar” Abdul Hadi Awang adalah benar dan motifnya PasMa akan terus menapak didalam PAS dan memantau apa juga aktiviti agar ianya selari dengan asas penubuhan gabungan Pakatan pembangkang.ditolak oleh segenap ahli PAS.

Kenapa wjudnya PAsMA, sedangkan jika benar  PAS itu terbuka  dan tertakluk kepada Tahaluf Siyasi yang diagongkan mereka ,apakah dengan hanya kehadiran PAsMA baru diiktirafkan bahawa sesiapa yang meyokong PAsMA itu adalah penyokong kepada tahaluf Siyasi .

Justeru itu PAsMA secara ironisnya adalah kumpulan yang menyokong Anwar Ibrahim yang mahu memastikan bahawa PAS sentiasa dalam lingkungan politik PKR dan tidak akan keluar untuk melakukan penyatuan dengan UMNO.

Sebenarnya inilah yang amat ditakuti oleh PAsMA yang mana  penubuhannya untuk tujuan tersebut. Jadi amat benar dan jelas bahawa “Little Nepoleon” yang sedang rancak mengaturkan agenda PAS kini disokong kuat oleh tangan tangan “Ghaib” yang  berselindung disebalik jubah dan serban .

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*