Studio Penyiaran Ditawan Lelaki Bersenjata

Share This:

Seorang lelaki bersama satu pistol palsu ditahan selepas menawan sebuah studio penyiaran televisyen termuka di Belanda dan menuntut untuk bersiaran secara langsung.

Lelaki berusia 19 tahun itu memasuki studio syarikat penyiaran berita NOS sambil memegang pistol sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa.

Dengan berpakaian segak di dalam sut hitam berserta tie, lelaki warganegara Belanda itu mengamcam pengawal keselamatan dengan pistolnya sebelum memasuki studio tersebut, kata saksi.

Dia kemudiannya memasuki studio tersebut dengan harapan untuk mengejutkan orang ramai dengan muncul dengan tiba-tiba, tapi malangnya studio tersebut telah kosong kerana orang ramai sudah diberitahu tentang kedatangan lelaki itu. Walau bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan telah dijadikan tawanan oleh lelaki berkenaan.

Ketika kejadian berlaku, siaran televisyen terbabit menghentikan siarannya dengan mesej “Disebabkan keadaan tidak diingini, siaran dihentikan sementara”. Sejam kemudian siaran program berita itu disambung kembali sambil memaparkan video lelaki bersut hitam itu memegang video sambil menghadap kamera.

Polis kemudiannya dengan segera mengepung kawasan studio berkenaan dan berjaya menangkap lelaki terbabit.

Setakat ini, polis menyatakan motif lelaki berkenaan masih lagi belum diketahui dan lelaki itu dipercayai bertindak sendirian.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*