Bandar Diliputi Ais

Share This:

Penduduk di Dudinka terkejut apabila bangun pagi mendapati seluruh bandar diliputi ais yang membeku pada paras pinggang.
Kejadian itu berlaku kerana paip yang membekalkan air panas ke setiap rumah bocor dan air itu mengalir ke seluruh bandar. Air yang setinggi paras pinggang itu bertukar menajdi ais disebabkan cuaca sejuk yang melampau iaitu -40 darjah selsius.
Dudinka yang mempunyai bilangan penduduk lebih dari lebih 22,000 orang terletak di tengah Siberia dan bersempadan dengan lautan Artik.
Jurucakap kerajaan tempatan, Eugena Gerasimov berkata, kawasan mereka sememangnya sejuk dan air panas terpaksa dibekalkan ke rumah penduduk.
“Jika sesiapa masih ragu-ragu betapa sejuknya kawasan ini, mereka boleh menyaksikan sendiri gambar berkenaan.
“Air panas yang dibekalkan ke rumah pun boleh jadi beku,’’ katanya.
Disebabkan kejadian itu, pihak berkuasa terpaksa mengisytikarkan darurat dan memikirkan cara untuk membuang air setinggi paras pinggang itu.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*