Pilihanraya PBT Sekadar Menyusahkan rakyat?

Share This:

KUALA LUMPUR – Kesungguhan DAP Pulau Pinang yang mahu melaksanakan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipertikaikan oleh banyak pihak.  Mereka seolah-olah sengaja menggunakan alasan demokrasi untuk melaksanakan hasrat mereka sedangkan semua rakyat tahu bahawa DAP sememangnya menghadapi isu demokrasi yang agak kritikal  seperti dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang sudah agak lama “tergantung”.

Adakah tindakan DAP tersebut semata-mata mahu menutup kelemahan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP atau mereka ada “maksud” tersembunyi lain yang lebih besar?  Walaupun mereka cuba menafikan namun kita tahu bahawa majoriti penduduk bandar merupakan kaum Cina.  Mungkinkah faktor ini menjadikan mereka  cukup berani untuk melaksanakan Pilihanraya PBT? Terlalu banyak persoalan yang menjadikan niat DAP ini agak tidak telus.

Mungkinkah tindakan DAP ini merupakan satu “kesilapan bodoh” mereka dalam memberi justifikasi ekonomi yang sewajarnya? Kerajaan Persekutuan berpendapat adalah tidak wajar untuk melaksanakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Adakah cadangan untuk mengadakan pilihan raya PBT ini bermakna segala urusan berkaitan kerajaan tempatan akan diuruskan oleh mereka sendiri seperti belanjawan?

Adakah DAP tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa sebahagian besar dari pihak berkuasa tempatan ini keadaan kewangannya dalam keadaan defisit? Oleh itu Kerajaan Persekutuan perlu membantu mereka  menangani masalah defisit kebanyakkan PBT selama ini. Namun DAP seolah-olah enggan “melihat” atau “faham” situasi ini.

Pilihanraya PBT berkemungkinan besar akan menyebabkan mereka terpaksa menaikkan kadar cukai di pihak kerajaan tempatan seperti cukai pintu, cukai lesen dan lain-lain lagi sekiranya PBT menjadi autonomous (kewangan sendiri) melalui pilihanraya tersebut. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung akibat daripada keputusan yang salah.

Selain daripada itu juga DAP dilihat sebenarnya amat tidak demokrasi apabila tidak mengajak PAS Pulau Pinang berbincang secara rasmi mengenai pilihan raya PBT. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hanya mengatakan sudah memaklumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Dan kita amat maklum bahawa Hadi Awang langsung tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan pilihanraya PBT ini. Beliau turut berpendapat bahawa tindakan DAP mengetengahkan pilihan raya PBT boleh menyebabkan jurang antara kaum dan boleh mencetuskan tragedi berdarah seperti 13 Mei, 1969.

Walaubagaimana pun kenyataan Hadi Awang ini telah diselar oleh Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang ‎mengatakan penduduk bandar kini tidak lagi didominasi kaum Cina seperti dahulu. Namun hakikatnya amat berlainan daripada kenyataan DAP tersebut.  Mungkin ini akan dapat memberi gambaran wajah DAP  yang sebenar kepada PAS. Sudah sampai masanya PAS tinggalkan pakatan rakyat.

sumber

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*