PASMA Terima RM1.5juta Untuk “Hentam” Hadi Awang?

KUALA LUMPUR, 29 Jan- Kemelut dalaman PAS semakin parah. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dilihat seolah-olah “bertuankan” DAP. Sekiranya khabar angin ini benar maka PAS sememangnya berada dalam keadaan yang cukup bahaya.

Ianya seolah-olah “virus” telah diletakkan dalam sebuah parti yang “hidup dan mati” mereka hanya memperjuangkan hudud semata-mata. Dan perjuangan hudud ini lah yang bakal menjadi korban dalam “pertempuran” antara PASMA dan PAS.

Sebelum ini RPK ada mendedahkan di portal Malaysia Today bahawa PASMA dan DAP telah mengadakan perjumpaan sulit.  Ianya seolah-olah PASMA pergi mengadap “Tuan Lim Guan Eng” untuk menjalankan perintah.

Kononnya perbincangan mereka berkisar kepada “kerjasama” DAP, PKR dan PASMA. Adakah ini bermakna PAS bakal “dibuang” dari pakatan rakyat. Semua ini bakal terjawab sebelum PRU14 nanti. DAP sudah tidak mampu bekerjasama dengan Hadi Awang. Pemimpin tertinggi DAP dikhabarkan menggelarl Hadi Awang sebagai “Babi Berjanggut”. Perkara ini sudah agak begitu viral di media sosial. Mungkin ini juga antara perkara yang menaikkan kemarahan Hadi Awang.

Namun pendedahan dari portal RPK yang cukup panas adalah berkenaan Lim Guan Eng telah memperuntukkan RM 1.5juta kepada PASMA kononnya untuk bantuan mangsa banjir tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk kempen menyingkirkan Hadi Awang sebelum PRU14.

RPK : “What was not reported was that Lim Guan Eng gave PasMa RM1.5 million, which is supposed to be for flood relief work. However, so far none of that RM1.5 million has been used for the purpose it was alleged. Talk amongst PasMa circles is that the RM1.5 million is for the purpose of campaigning against Hadi to ensure he is kicked out before the next general election.”

Bahang panas pertelingkahan DAP dan PAS sememangnya bakal melihat pakatan rakyat dibubarkan sebelum PRU14. PASMA tidak akan mampu menggantikan PAS dalam pakatan rakyat. Nampaknya DAP bakal bermimpi lagi untuk “menakluk” Malaysia. Berita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *