Lim Guan Eng Celupar Atau Penipu?

Share This:

KUALA LUMPUR, 29 Jan- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dilihat masih cuba menjaga hati DAP walaupun mereka berada dalam keadaan marah. Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar walaupun maksud “tersirat” beliau adalah penipu atau pembohong.

Cuba kita perhatikan kata-kata beliau yang menjurus kepada maksud “penipu”. Mustafa marah terhadap dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebelum ini Lim Guan Eng dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa untuk berbincang tentang pelaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.

Namun Mustafa Ali pula mendakwa Lim Guan Eng hanya menghubungi beliau berkenaan hasrat DAP untuk melaksanakan pilihan raya PBT hanya selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Oleh itu Mustafa Ali mencabar Lim Guan Eng untuk bersemuka bagi membuktikan kebenaran di pihak mana. Sebenarnya kata-kata Lim Guan Eng yang menuduh Mustafa Ali sebagai tidak jujur itu lah yang mencetuskan kemarahan beliau memandangkan Lim Guan Eng yang dilihat telah memutarbelitkan fakta.

Hakikatnya kedua-dua pemimpin pakatan rakyat ini “dua kali lima” sahaja. Rakyat lah merupakan hakim yang sebenar menilai segala penipuan mereka. Walauapa pun kita tunggu perkembangan yang selanjutnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*