SPRM Perlu Siasat Pemimpin PAS Kelantan Yang Ada Kaitan Dengan Balak

Share This:

KOTA BAHRU, 7 Jan – Rumah mangsa banjir yang hancur berkecai dalam tragedi banjir di Kelantan kali ini sememangnya berpunca dari hentaman kayu balak yang dibawa oleh air banjir. Perkara ini pertama kali walaupun banjir merupakan fenomena biasa setiap kali musim tengkujuh di Kelantan. Kawasan yang terjejas teruk merupakan kawasan yang berlaku pembalakan secara berleluasa.

Isu pemberian kawasan balak kepada individu pilihan merupakan antara punca berlakunya pembalakan besar-besaran yang telah mengakibatkan kawasan tadahan hujan terjejas dengan begitu teruk. Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta tampil untuk menyiasat segala bukti yang begitu viral di media sosial ketika ini.

Mereka bertanggungjawab untuk membawa para pemimpin PAS Kelantan yang terlibat dalam pemberian balak secara besar-besaran terhadap individu yang terpilih termasuk pemimpin DAP dari negeri Perak ke muka pengadilan. Nasib yang menimpa rakyat marhaen Kelantan sehingga membuatkan mereka hilang rumah tempat berteduh untuk keluarga perlu diberi keutamaan untuk diperjuangkan.

Baru-baru ini PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan. Walaupun begitu mereka mahu dakwaan tersebut dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihak PAS mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin mereka yang terlibat.

Oleh itu pihak yang bertanggungjawab seperti polis dan SPRM perlu segera bertindak untuk mendapatkan bukti bagi membawa pengkhianat rakyat ini ke muka pengadilan. Rumah rakyat hancur berkecai, para pemimpin PAS ini pula mengumpul harta jutaan ringgit. Mereka mengaut kekayaan dari airmata rakyat.

Selain daripada itu juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya turut menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir. Presidennya Ramesh Rao berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu dipersalahkan kerana tidak mengendahkan laporan alam sekitar yang diserahkan NGO alam sekitar pada tahun 2010.

Ramesh juga turut mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan. Mereka yang terdiri daripada bekas exco dan exco PAS sekarang memiliki harta yang dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim juga dilaporkan mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan yang memberi kesan dahsyat sehingga menjejaskan golongan nelayan. Beliau menyarankan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan baru- baru ini yang memberi kesan dahsyat terhadap semua daerah, termasuk golongan nelayan.

Selain daripada rumah rakyat Kelantan hancur, balak yang dibawa arus banjir turut menyebabkan jambatan penghubung Pulau Suri dan Teluk Renjuna roboh sepenuhnya.

Rakyat mahu SPRM menjalankan kerja mereka terutama yang melibatkan hartabenda dan nyawa rakyat. Oleh itu, pemimpin PAS yang telah menyalahgunakan kuasa dalam isu balak ini sehingga menyebabkan rakyat menanggung derita nyawa melayang dan harta benda musnah perlu dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Berita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*