Artikel Pembaca : Kesungguhan Antara GST dan Hudud

Share This:

“UNDANG-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini… jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tanjung Tualang, 24 September 2011.

“Kita akan teruskan pelaksanaan GST.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2014 anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur, 4 November 2014.

Dengan menggunakan intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, akhbar internet milik PAS, Harakahdaily cuba membuat perbandingan kononnya Perdana Menteri begitu tegas dengan perlaksanaan GST tetapi tiada kesungguhan yang sama dengan perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia.

Sememangnya, sebagai umat Islam yang taat, maka tidak akan terlintas di hati kita untuk mengamalkan ajaran Islam mengikut acuan kita sendiri. Samalah seperti Perdana Menteri dan barisan kepimpinan beliau. Kerajaan Pusat yang memerintah sekarang juga mempunyai penasihat agama Islam yang merupakan badan Agama untuk memastikan perjalanan pemerintahan adil dan saksama serta tidak menzalimi rakyat.

Mungkin PAS terlupa bila berbicara tentang Hukum Hudud, hukum Allah yang termaktub di dalam kalamNya, AlQuran. Secara ringkasnya Allah mengatakan turutan keutamaan mengikut tahap kesediaan iman makmum yang diperintah.

Menurut tafsir Ulama, turutan yang Allah jelaskan dalam Al-Quran adalah bermula dengan Hudud, Qisas dan Ta’zir. Allah memberi syarat yang jelas untuk pemerintah menjalankan amanahnya kepada rakyat. Menurut Ulama Tafsir, Hukum Islam terbahagi kepada 3 perkara tersebut dan perlaksanaannya adalah mengikut ‘kesediaan’ rakyat yang diperintahnya.

Dengan kata lain, mengikut keadaan semasa sesebuah negara kerana itulah Allah memberi pilihan kiranya tidak mampu untuk jalankan Hudud maka pilihan hukuman dalam Islam terletak pada Qisas dan Takzir. Dalilnya, kadar hukuman tersebut terserah kepada budi bicara pemerintah sesuai dengan negara masing-masing.

Percubaan portal milik PAS nampaknya hanya tahu menggunakan hudud sebagai senjata untuk menyerang Kerajaan Pusat setelah pelbagai cubaan untuk gagalkan sistem cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menggantikan sistem cukai lama yang berganda kadar caj yang dikenakan, cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Portal PAS gagal melihat kenapa cukai SST perlu diganti dan lebih gagal untuk melihat bagaimana Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang tahu meningkatkan pendapatan negara supaya pulangan kepada rakyat bertambah. Malah akhbar internet milik PAS tersebut tidak melihat kepada ketelusan sistem cukai GST adalah antara faktor mengapa cukai SST tidak lagi sesuai diamalkan di Malaysia.

Dari lebih 160 negara yang telah mengamalkan sistem cukai GST, terdapat lebih dari 20 negara Islam lain yang turut sama melaksanakan cukai GST dan dalam masa yang sama mereka tidak melaksanakan Hukum Hudud seperti beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) iaitu Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan. Adakah portal milik PAS tidak sedar tentang fakta ini?

Portal PAS wajar merenung kata-kata Perdana Menteri, ianya bukan bermaksud hingga kiamat tidak akan dilaksanakan tetapi berpaksikan realiti dan Kerajaan Pusat sendiri bersetuju terhadap mana-mana negeri yang ingin laksanakan Hudud seperti Kelantan. Malah kesungguhan Kerajaan Pusat telah melantik jawatankuasa khas untuk meneliti draf Hudud yang telah pun dicadangkan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Apakah Portal PAS ingin menuduh Kerajaan Pusat menolak draf cadangan tersebut?

Bandingkanlah dengan apa yang Presiden PAS sendiri nyatakan tentang Hudud, “…ayat berkenaan Hudud hanya 0.0001% di dalam Al-Quran…”

Bilakah Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang nyatakan tentang betapa sedikitnya Allah nyatakan berkenaan hukum Hudud di dalam Quran? Mungkin Portal PAS lupa, itulah kenyataan PAS setiapkali musim Pilihanraya Umum. Paling memalukan, ketika PRU13, PAS sendiri menarik balik slogan yang mereka gunakan sebelum ini, “Membangun Bersama Islam” dan digantikan dengan “Negara Berkebajikan” dan “lagu Hudud” tidak lagi kedengaran di pentas-pentas ceramah politik PAS dan komponen pembangkang yang lain.

Akhirnya Hadi Awang sendiri bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim, “Hudud bukan keutamaan pakatan pembangkang” di pelancaran Manifesto pembangkang menghadapi PRU13 yang lalu.

Rahimi Ahmad Hambali
Kelantan

sumber

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*