Up Town Shah Alam Hangus Terbakar

Share This:

Kira-kira 50 peniaga di Uptown Seksyen 24, Shah Alam berputih mata apabila barangan dan hasil jualan mereka musnah dalam kebakaran melibatkan beberapa buah deretan kedai awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, ketika kebanyakan peniaga membuat persiapan menutup kedai masing-masing, tiba-tiba sebuah daripadanya terbakar.

Anggota Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang menerima panggilan kecemasan, bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Bagaimanapun, api yang marak telah memusnahkan beberapa deretan kedai, menyebabkan peniaga terbabit gagal menyelamatkan barangan.

Jurucakap Bomba berkata, api berjaya dipadamkan sejam kemudian dan kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Uptown Seksyen 24 beroperasi dari jam 8 malam hingga 4 pagi.

“Tiada kecederaan dilaporkan,” kata jurucakap Bomba. – MalaysiaGazette

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*