Dua Adun PAS Selangor Digantung Keahlian Hanya Gimik

Share This:

Sebagaimana pendapat umum bahawa Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin tidak akan dipecat kerana PAS dilihat takut kehilangan dua kerusi Dun adalah tepat.

Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin hanya digantung keahlian selama setahun diatas tindakan mereka menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis kerusi jawatan menteri besar Selagor.

Ini bermakna kedua-dua Adun itu tidak boleh menyertai sebarang aktiviti berkaitan dengan parti itu selama masa yang telah diputuskan.

Manakala keputusan Pas Terengganu meminta Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memecat dua Adun itu dilihat sebagai gimit semata-mata walhal tahu yang kepimpinan PAS pusat tidak akan memecat dua Adun itu berikutan resiko kehilangan kerusi.

Persoalan yang timbul dan bermain dikotak fikiran rakyat apabila dimaklumkan dua Adun itu masih ahli PAS walaupun digantung keahlian.

Adakah disebabkan dua Adun itu tidak istiharkan diri keluar parti ia masih lagi ahli PAS, walaupun mereka digantung dan adakah peruntukan untuk membantu rakyat yang disalurkan melalui Adun masih boleh masih boleh dilakukan walaupun mereka tidak dipecat.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*