Tinggalkan Yaman Buat Sementara Waktu

Share This:

Putrajaya: Kumpulan pertama membabitkan 43 rakyat Malaysia yang dihantar pulang ke tanah air berikutan krisis dan pergolakan politik di Yaman dijangka tiba ke tanah air jam 8.55 pagi hari ini.

Menerusi status dimuat naik Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dalam akaun Facebook persatuan itu, kumpulan pertama berlepas dari Sana’a, Yaman jam 3 pagi waktu tempatan, semalam.

Pada masa sama, PERMAYA turut memuat naik status kepulangan kumpulan kedua rakyat Malaysia dari Sana’a membabitkan 20 orang terdiri tiga lelaki, lapan wanita dan sembilan kanak-kanak.

Menurut status berkenaan, kumpulan kedua itu berlepas jam 8.30 pagi waktu tempatan, semalam dari Sana’a, Yaman dan mereka berpecah kepada dua kumpulan di Abu Dhabi.
Foto

SEORANG lelaki bersenjata diperiksa sebelum memasuki kawasan pemberontak ketika menyambut Aidiladha di Sana’a.

Katanya, dua kumpulan terbabit menaiki pesawat Qatar Airways dan masing-masing dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 8.25 pagi dan 8.50 pagi, esok.

Semalam, Kementerian Luar menerusi kenyataan media berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama pihak kementerian akan membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Yaman berikutan pergolakan politik di negara itu.

Kedutaan Malaysia di Sana’a sudah menyediakan penginapan sementara kepada 449 rakyat Malaysia yang berada di negara itu sejak 19 September lalu.

Katanya, kerajaan juga membuat keputusan untuk membawa rakyat Malaysia pulang ke tanah air secepat mungkin dan kumpulan pertama dijangka bertolak dari Sana’a ke tanah air pada 6 Oktober.

Menerusi kenyataan itu juga, Kementerian Luar menyambut baik Perjanjian Keamanan dan Usahasama Yaman yang ditandatangani bagi mengembalikan keamanan kepada negara berkenaan.

Foto

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*