Pelajar Maut Digilis Lori

Share This:

PADAWAN: Seorang pelajar tingkatan dua maut dalam keadaan ngeri apa­bila kepalanya digilis lori dalam satu kemalangan berhampiran Teng Bukap di sini, semalam.Mangsa yang dikenal pasti sebagai Marconey Tani dari Kampung Seratau, Batu 15 Jalan Kuching-Serian dikatakan sedang menunggang motosikal berseorangan apabila insiden sekitar jam 3 petang itu berlaku.

Menurut sumber, remaja tersebut dalam perjalanan pulang selepas mandi di sungai berhampiran apabila motosikal ditunggangnya terbabas di sebuah selekoh tidak jauh dari sebuah sekolah menengah.

Tidak lama kemudian, dikatakan sebuah lori datang dari arah berten­tangan.

Pemandu lori dikatakan cuba menge­lak daripada melanggar mangsa tetapi gagal mengelak sepenuhnya apabila tayar belakang kenderaan berat itu tergilis kepala mangsa.

Dia yang tidak memakai topi keledar maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mayatnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah sia­sat.

Polis trafik turut bergegas ke tem­pat kejadian bagi menyiasat insiden tersebut.

-The Borneo Post

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*