Setia Kepada Khalid Ibrahim Faekah Keluar PKR

Share This:

Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

‘Orang kuat’ Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bertindak mengikut jejak langkah ‘bosnya’ yang kini berada di luar PKR selepas akibat dipecat parti kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Tindakan ini diambil kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit berhubung kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur,” katanya pada Isnin.

faekah (1)

Beliau berkata demikian menerusi surat (gambar atas) yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertarikh Isnin.

Mengulas lanjut berhubung pendiriannya itu, Faekah yang kini merupakan Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang yang disandang Abdul Khalid berkata, PKR telah terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan diawal penubuhannya.

Abdul Khalid pada Sabtu telah dipecat keahliannya oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

-mStar Online

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*